semoga bahagia dan ceria selalu...insya allah...
tidak lupa juga supaya menjadi isteri yang solehah...
· Antara Ciri-ciri Isteri Yang Solehah Ialah...
- Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk
berhubungan.
- Tidak
membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
· - Tidak
bermasam muka terhadap suami.
· - Sentiasa
berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.
· - Keluar
rumah hanya dengan izin suami.
· - Berhias
hanya untuk suami.
· - Tidak
membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami untuk masuk/bertamu ke dalam
rumah.
· -Menjaga
waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan
darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.
· - Menghormati
mertua serta kerabat keluarga suami.
· - Berusaha
menenangkan hati suami jika suami mempunyai masalah, bukan malah banyak
menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami.
· - Segera
minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.
· - Mencium
tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.
· - Tidak
menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahsia ranjang!!! Bahkan berusaha
menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan
cintanya.
· - Tidak
membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.
· - Berusaha
untuk bersifat qona'ah (merasa cukup) sehingga tidak banyak menuntut harta
kepada suami.
· - Tidak
menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak
bergembira tatkala suami sedang bersedih. Akan tetapi berusaha untuk mengikut
suasana hatinya.
· - Tidak
menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suami yang
boleh mengakibatkan suaminya boleh menggambarkan akan keadaan wanita tersebut.
· - Berusaha
menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan.
Bukan
ikut terjerumus dalam melakukan kemaksiatan.
· - Menjaga
pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya.
· - Lebih
suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah kecuali atas
urusan-urusan tertentu
· - Jika
suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama
ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan
hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang api
neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari
kebaikan-kebaikan suami mereka.
Akan tetapi jika ternyata kebanyakan sifat-sifat tersebut kosong dari diri. Maka hendaklah dia bermuhasabah dan berusaha memperbaiki dirinya. Ingatlah bahawa syurga kamu berada di bawah telapak kaki suami.
No comments:
Post a Comment