Thursday 2 January 2014

Rehearsel untuk Celik Famili Prof.Dr. Muhaya

Sukarelawan siri jelajah Celik Family bersama Prof,. Dr Muhaya ( sesi rehearsel )




Sesi menyiapkan guddies..macam kilang pulak rasa..dalam masa 1 jam kami dapat menyiapkan 300 beg guddies.. 





dan dapat 3 buah buku dari Prof. Dr. Muhaya bagi setiap sukrelawan..gumbiranya...

tq Prof..

Sunday 24 November 2013

Hari Konvokesyen Tadika Sinar Insan Bandar Estek...
















Bisnes Kecil- Kecilan..

Assalamualaikum..urm..baru sekarang boleh jenguk ruang blog...hehe..
Ok
Kali ini nak cerita mengenai bisnes kecil-kecilan yang dijalankan oleh SAYA SENDIRI dan KAK NOR..hehe selalu kak nor yang selalu tolong belikan barang2 untuk buat bunga.. Nak cari duit lebih sikit..Biasalah..saya ni tak kaya macam orang yang lain..saya orang biasa je.. =(














Juga menerima tempahan...
sesiapa yang berminat bolehlah call saya..
0194640013

Jangan Terlalu Ghairah Berblog...



Jangan Terlalu Ghairah Berblog

NOOR FARAHANA MAT NAWI

Blog merupakan salah satu media online yang sangat berpengaruh menyuarakan pendapat dan buah fikiran dengan pembaca. Sebagai media online, blog adalah sarang komunikasi yang saling berkongsi pendapat dan buah fikiran secara terbuka tanpa mengira latar belakang. Para penulis blog yang biasa disebut blogger terdiri daripada pelbagai latar belakang meskipun bukan dari golongan jurnalistik yang mempunyai rasa ingin menulis dan berkongsi melalui media online semakin berleluasa. Kemunculan pelbagai alat komunikasi memberi kekuatan dan sokongan kepada blogger dalam menyuarakan penulisan maya mereka secara online. Bahkan blog yang bersifat akademik mahupun ilmiah telah banyak dijadikan bahan rujukan dengan tujuan tersendiri.
Daripada Abdullah bin Mas’ud ra. berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda; “Sesungguhnya apabila kiamat sudah tiba, orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja, perniagaan akan bertambah maju sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, banyak orang memutuskan silaturrahim ( hubungan kekeluargaan ), banyak saksi palsu, orang suka menyembunyikan penyaksian benar  dan akan banyak kemudahan alat tulis.”
Selanjutnya....


Yang ni design yang pertama..hehe..tak berapa cantik...kene tegur dengan Encik Razi...huhu...Quote besar dari tajuk... dan title xberapa cantik sangat..malu malu..



Monday 18 November 2013

Berdosakah Menggunakan Barang Tanpa Minta Izin

Assalamualaikum....dan salam ceria buat semua.. Hari ini Fara nak berkongsi tentang penggunaan barang tanpa meminta izin tuan punya badan barang tersebut. Mungkin ramai yang sudah tahu akan hal ini..Tetapi Fara nak cite jugak..!! Ini pernah berlaku kepda diri Fara sendiri..Tapi jangan salah sangka ye...Barang Fara yang digunakannya... Aduhai..
Sebenarnya fara tak kisah jika dia guna barang Fara, tetapi sekurang-kurangnya minta la dulu. Kalau malu nak minta, cakap sepatah pun tak apa. Ini tidak main redah je.. Pada fikiran Fara mungkin dia ingat fara tak kisah..Boleh guna apa barang pun..Dia bagi..Ye Fara tak kisah..Tapi hari tu memang Fara memerlukan sangat untuk menggunakannya..Nak tahu apa..? hehehe..Bukan barang besar pun...just no paswood wifi je..
no paswood tersebut hanya boleh digunakan pada 1 laptop sahaja.. 1 user je... 
hari tu hari minggu..jadi rilex la sikit..Lepak dalam bilik.. Hari tu fara bangun tido lewat sikit sebab malamnya berjaga buat tesis..cari makna dalam bahasa arab...Lebih kurang pukul 5 tido.. Apabila bangun tido tu, Fara mandi dan mengadap laptop untuk sambung kerja yang separuh jalan semalam.. dan hari tu jugak berhajat nak buat bunga tangan untuk kawan sempena perkahwinannya..jadi kawan Fara ada menghantar gambar baju perkahwinannya melalui facebook. Sebab dia nak warna bunga tangan sama dengan baju kahwinnya.. jadi fara try connect wifi..Aik..!! banyak kali jugak la connect..tapi tak lepas.. pelik pun ada.. rasanya semalam fara tak buka pown paswood tu melalui henset.. fara bukak henset dan tengok wifi..tak ade signal pun yang fara connect..Fara off kan henset dan buka balik... dan fara connect lagi laptop..TAK BOLEH.. Fra lihat laptop sebelah...terbukak..kebetulan tuannya pergi mandi,....jadi Fara cuba tengok connection..Aik, kalau nama connection tersebut perlu guna paswood kalau nak masuk...Rasa tak sedap hati mula menyelubungi dalam hati...takkanlah di guna paswood aku..
Fara tunggu dia cakap..tapi sampai malam dia tak cakap apa2..pagi sampai malam laptop terbuka...tanpa logout.. dalam hati tersa nak tanye..tapi risau dia kata kedekut pulak nak guna kejap pun tak boleh..malam tu dia buka facebook dan macam2..Fara pelik pulak...dia tak nampak ke kita tengah buat keje dan memerlukan maklumat melalui internet..
Daaaaaaaan sehinggalah pukul 12 malam..dia tutup laptop.. Dalam hati Fara alhamdulillah...bleh buat keje...
jadi fara sambung buat kerja yang tertangguh sehingga pagi. Alhamdulillah...sekarang tinggal sikit je lagi nak siap...hehe
fara tak kisah kalau nak guna barang Fara..tapi mintalah izin dulu... Mana kita tahu tuan punya badan memang memerlukannya atau urgent.. semoga dia insaf dan tak kedekut sangat nak beli no wifi..murah je..RM25 sebulan...boleh guna tanpa had..


Dalam sebuah hadis baginda saw ada menyatakan bahawa  yang bermaksud:
"Aku diutuskan untuk menyempurnakan/memmperbaiki akhlak"
Berbalik kepad soalan yang dikemukakan ,barang tersebut bukannya milik anda, justeru anda tidak layak untuk menggunakan barang orang walaupun untuk jangka masa sekejap,Perkara inilah yang ditekankan oleh Nabi Muhammad saw  untuk mendidik Akhlak umat Islam betapa pentingnya  menjaga hak orang lain  dan memohon keizinan terlebih dahulu sebelum mengambilnya.Sekiranya beliau tidak mengizinkan adalah berdosa anda menggunakan barang tersebut.

Kat sini nak selitkan sikit  soal jawab agama...

MENJUMPAI barang orang lain termasuk dalam hukum luqatah dalam fiqah Islam. 
Terdapat beberapa hukum berkaitan antaranya pertama, harus menggunakan dan mengambil faedah termasuk memakannya sekiranya ia dianggap remeh dan kecil oleh masyarakat setempat seperti barang yang anda temui di asrama itu. 

Ia adalah rukhsah yang diberikan Rasulullah s.a.w untuk diambil faedah. 
Bagaimanapun, sekiranya anda pasti tuannya, hendaklah berhubung dan meminta izin. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS) sekarang. 

Kedua, haram menggunakannya apabila ia membabitkan benda besar dan berharga seperti kereta dan haiwan yang mampu hidup sendiri. 

Ia hendaklah dibiarkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana tuannya dapat mencari benda yang hilang berkenaan. Umar pernah berkata: “Barang siapa yang mengambil haiwan yang sesat sesungguhnya ia bersalah.” 

Ketiga, sekiranya ia antara benda yang dijumpai adalah pertengahan antara kedua-dua di atas seperti ikan, ayam dan barang-barang yang mudah rosak, seseorang boleh menilai dengan mengambil tindakan yang lebih baik sama ada menggunakannya sebagai hutang yang perlu dibayar apabila empunyanya ditemui, menjual dan menyimpan hasil jualan untuk diserahkan kepada empunya apabila ditemui. 

Sekiranya barangan itu tidak mudah rosak seperti jam dan gelang, ia hendaklah dihebahkan di tempat orang ramai seperti masjid dan pusat masyarakat. 

Selepas setahun, ia boleh dimiliki atau dijual dengan hasilnya dikira sebagai simpanan. Tetapi ia tetap hak milik orang lain dan perlu dipulangkan apabila ada tuan yang menuntut dan terbukti pemiliknya selepas siasatan. (Lihat juga ‘Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain,’ http://muis.ismaweb.net/2010/03/e-g-hukum-luqotah-jumpa-barang-org-lain/)

Saturday 16 November 2013

Hukum Membaca Al-Quran Dan Berzikir Menggangu Orang Lain

Ramai yang tidak tahu bahawa HARAM membaca Al-Quran dan berzikir dengan kuat sehingga boleh mengganggu orang yang sedang solat. Berzikir dan membaca Al-Quran merupakan amalan yang terpuji dan dianjurkan kepada semua. Tetapi kita kene tahu tahap kesempurnaan yang akan kita buat.
 Saya sudah banyak kali menghadapi keadaan sebegini. Kadang-kadang rasa macam nak berhenti solat nak tegur orang yang tengah baca Al-Quran itu. Tapi dibatalkan sahaja niat dan berdoa supaya Allah memberi kesabaran. Adik oooi..tahulah suara tu sedap mengaji..tapi cara tu macam nak menunjuk je..hehe...
Apapepun..setiap orang mempunyai ego masing2...tapi ego tu perlu diketepikan..Hormatilah orang yang tengah solat..Orang tu sedang berinteraksi dengan Allah..Apa salah nya kita menghormati dia. Berikan peluang kepadanya untuk berinteraksi dengan tenang..

Imam Malik r.h telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi r.a telah berkata:


أَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّو نَ وَقَدْ عَلَتْ أَصْوَا تُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ: أَنَّ الْمُصَلِّي يُنَا جِيْ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يُنَاجِِيْهِ وَلاَ يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ بِالْقِرْ آنِ.
"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an." - H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no. 19022).
"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an." - H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no. 19022).
Dalam riwayat Abu Daud (no. 1332) ada disebutkan:


"Bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinya ramai orang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara mereka dalam membaca al-Qur’an. (Melihat yang demikian) Maka Rasulullah s.a.w bersabda:


"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an." - H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no. 19022).

Dalam riwayat Abu Daud (no. 1332) ada disebutkan:

أعْتَكَفَ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ فِيْ الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُوْنَ بِا الْْقِرَاءِة فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلاَّ اِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلاَ يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلاَ يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ فِيْ الْْقِرَاءِةِ أَوْ قَالَ فِيْ الصًّلاَةِ.

Rasulullah s.a.w memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Qur'an. Baginda menyelak kain langsir dan berkata:

"Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Qur'an atau ketika kamu sedang solat."


Ibnu 'Abd al-Bar r.h berpendapat bahawa kedua-dua hadis di atas ini adalah hadis yang sahih.

"Ini membuktikan bahawa meninggikan suara membaca al-Qur'an sehingga mengganggu orang lain adalah suatu yang ditegah oleh agama.
Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah r.h (728H):
"Tidak seseorang pun mengganggu orang dalam masjid atau orang (yang sedang mengerjakan) solat, membaca al-Qur’an, zikir, doa dan semisalnya. Sebab, masjid dibangun untuk mendirikan amal-amal tersebut. Tidak boleh seseorang pun mengerjakan sesuatu yang boleh dapat mengganggu mereka, baik dalam masjid, di pintu masjid atau tempat yang dekat dengan masjid.

Nabi pernah keluar menemui para sahabat yang sedang solat dan membaca dengan suara yang jahr (keras), baginda bersabda (yang bermaksud): Wahai manusia, masing-masing dari kamu sedang bermunajat pada Rabbnya. Hendaknya kamu tidak saling mengeraskan bacaan.


Apabila Nabi telah melarang orang solat mengeraskan bacaan (mengganggu) orang lain yang sedang solat juga, bagaimana dengan lainnya?


Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu yang mengganggu orang dalam masjid atau mengerjakan sesuatu yang mengarah pada hal itu maka hendaklah ia dilarang.


Wallahu ‘alam."

Sunday 10 November 2013

Sama Cantik Dan Sama Padan



Tahniah kepada Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yaang selamat menjadi suami isteri pada 10 November 2013. 



Hanya dengan sekali lafaz, Mawar Abdul Karim iaitu anak kepada pengasas tudung Fareeda merangkap model tudung Fareeda sah menjadi Isteri kepada pelakon terkenal Fizo Omar.  Majlis pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim telah berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad. 



Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Akad nikah Fizo Omar telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan disaksikan oleh dua orang saksi iaitu Wan Zamani Wan Omar dan Azreen Bajuri. Pada majlis tersebut, Mawar, 24, turut menerima mas kahwin sebanyak RM506 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, dan Mawar Abdul Karim terdahulu mengadakan majlis pertunangan pada Sabtu lalu iaitu pada 9 November 2013. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.



Rombongan pengantin lelaki diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi selain tujuh selebriti lelaki iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As’ari dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim akan melayari hidup berumahtangga dengan penuh bahagia dan berjaya hingga ke pintu Syurga. Tarikh bagi majlis perkahwinan Fizo Omar dan juga Mawar Abdul Karim masih belum diisytiharkan oleh mereka.