Saturday, 16 November 2013

Hukum Membaca Al-Quran Dan Berzikir Menggangu Orang Lain

Ramai yang tidak tahu bahawa HARAM membaca Al-Quran dan berzikir dengan kuat sehingga boleh mengganggu orang yang sedang solat. Berzikir dan membaca Al-Quran merupakan amalan yang terpuji dan dianjurkan kepada semua. Tetapi kita kene tahu tahap kesempurnaan yang akan kita buat.
 Saya sudah banyak kali menghadapi keadaan sebegini. Kadang-kadang rasa macam nak berhenti solat nak tegur orang yang tengah baca Al-Quran itu. Tapi dibatalkan sahaja niat dan berdoa supaya Allah memberi kesabaran. Adik oooi..tahulah suara tu sedap mengaji..tapi cara tu macam nak menunjuk je..hehe...
Apapepun..setiap orang mempunyai ego masing2...tapi ego tu perlu diketepikan..Hormatilah orang yang tengah solat..Orang tu sedang berinteraksi dengan Allah..Apa salah nya kita menghormati dia. Berikan peluang kepadanya untuk berinteraksi dengan tenang..

Imam Malik r.h telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi r.a telah berkata:


أَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّو نَ وَقَدْ عَلَتْ أَصْوَا تُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ: أَنَّ الْمُصَلِّي يُنَا جِيْ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يُنَاجِِيْهِ وَلاَ يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ بِالْقِرْ آنِ.
"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an." - H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no. 19022).
"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an." - H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no. 19022).
Dalam riwayat Abu Daud (no. 1332) ada disebutkan:


"Bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinya ramai orang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara mereka dalam membaca al-Qur’an. (Melihat yang demikian) Maka Rasulullah s.a.w bersabda:


"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an." - H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no. 19022).

Dalam riwayat Abu Daud (no. 1332) ada disebutkan:

أعْتَكَفَ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ فِيْ الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُوْنَ بِا الْْقِرَاءِة فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلاَّ اِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلاَ يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلاَ يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ فِيْ الْْقِرَاءِةِ أَوْ قَالَ فِيْ الصًّلاَةِ.

Rasulullah s.a.w memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Qur'an. Baginda menyelak kain langsir dan berkata:

"Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Qur'an atau ketika kamu sedang solat."


Ibnu 'Abd al-Bar r.h berpendapat bahawa kedua-dua hadis di atas ini adalah hadis yang sahih.

"Ini membuktikan bahawa meninggikan suara membaca al-Qur'an sehingga mengganggu orang lain adalah suatu yang ditegah oleh agama.
Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah r.h (728H):
"Tidak seseorang pun mengganggu orang dalam masjid atau orang (yang sedang mengerjakan) solat, membaca al-Qur’an, zikir, doa dan semisalnya. Sebab, masjid dibangun untuk mendirikan amal-amal tersebut. Tidak boleh seseorang pun mengerjakan sesuatu yang boleh dapat mengganggu mereka, baik dalam masjid, di pintu masjid atau tempat yang dekat dengan masjid.

Nabi pernah keluar menemui para sahabat yang sedang solat dan membaca dengan suara yang jahr (keras), baginda bersabda (yang bermaksud): Wahai manusia, masing-masing dari kamu sedang bermunajat pada Rabbnya. Hendaknya kamu tidak saling mengeraskan bacaan.


Apabila Nabi telah melarang orang solat mengeraskan bacaan (mengganggu) orang lain yang sedang solat juga, bagaimana dengan lainnya?


Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu yang mengganggu orang dalam masjid atau mengerjakan sesuatu yang mengarah pada hal itu maka hendaklah ia dilarang.


Wallahu ‘alam."

No comments:

Post a Comment