Sunday, 10 November 2013

Sama Cantik Dan Sama Padan



Tahniah kepada Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yaang selamat menjadi suami isteri pada 10 November 2013. 



Hanya dengan sekali lafaz, Mawar Abdul Karim iaitu anak kepada pengasas tudung Fareeda merangkap model tudung Fareeda sah menjadi Isteri kepada pelakon terkenal Fizo Omar.  Majlis pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim telah berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad. 



Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Akad nikah Fizo Omar telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan disaksikan oleh dua orang saksi iaitu Wan Zamani Wan Omar dan Azreen Bajuri. Pada majlis tersebut, Mawar, 24, turut menerima mas kahwin sebanyak RM506 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, dan Mawar Abdul Karim terdahulu mengadakan majlis pertunangan pada Sabtu lalu iaitu pada 9 November 2013. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.



Rombongan pengantin lelaki diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi selain tujuh selebriti lelaki iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As’ari dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim akan melayari hidup berumahtangga dengan penuh bahagia dan berjaya hingga ke pintu Syurga. Tarikh bagi majlis perkahwinan Fizo Omar dan juga Mawar Abdul Karim masih belum diisytiharkan oleh mereka.













No comments:

Post a Comment