Thursday, 7 November 2013

Cari Bahan Untuk Tesis..

Assalamualaikum..sekali lagi bertemu... Sekarang Fara berada di library USIM..Hehe..Alhamdulillah...Sampai juga akhirnya..
Sebelum ni duk plan nak datang libry masa midsem ni..tapi tak jadi sebab selalu je terlajak bangun..ITULAH... selalu tido pukul 3,4 pagi..kadang-kadang lepas subuh baru tido..herm..xtahu buat apa..hehe..cari malumat tesis, cari maklumat mengenai madah B.Arab Perlancongan, tengok blog, update blog, tulis novel...n macam-macam lagi..p yang pasti tak sedar jam sudah melewati pukul 2 pagi..jadi mata pun susah nak pejam..

Ish jauh pulak bercerita.. Ok sampai je libry, ni yang first Fara tengok bila bukak laptop..


Hehe..Ingat, buat kerja tu..

Hari ni tak ramai yang datang libry..selalu kalau datang libry, suis laptop tak cukup..suis ke orang panggil? entah, tapi kalau orang kelantan kata plat suis..hehe.. tapi hari ni dapat jugak aku duk bawah dan guna laptop...

Bersama Ella...

Ok..nak sambung buat kerja jap.. jumpa lagi..Assalamualaikum ...

Meninggal 30 minit Jawab Peperiksaan

Assalamualaikum..
Dikesempatan ini, Fara ingin mengucapkan takziah buat keluarga arwah Syazwani yang telah meninggal pada 5 oktober 2013. Arwah juga kawan rapat kepada sepupu saya sendiri iaitu Emma. Dikhabarkan arwah juga sering mengalami sakit-sakit dan keluarga tidak menyangka perkara ini akan membawa kepada maut.. Arwah  adalah junior sekolah saya iatu Ma'ahad Saniah Pasir Puteh. Takziah buat sekali lagi.. Al-Fatihah..


 Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat yang solehah..Amin

Monday, 28 October 2013

Sweetnye...Diana Amir Dan Suami..

Tahniah kepada Diana Amir dan Suami yang telah selamat menjadi suami isteri yang sah.. Sama cantik dan sama padan.. 











semoga bahagia dan ceria selalu...insya allah...
tidak lupa juga supaya menjadi isteri yang solehah...


·         Antara Ciri-ciri Isteri Yang Solehah Ialah...

- Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk berhubungan.
- Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
·       - Tidak bermasam muka terhadap suami.
·       -  Sentiasa berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.
·       - Keluar rumah hanya dengan izin suami.
·       -  Berhias hanya untuk suami.
·   - Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami untuk masuk/bertamu ke dalam rumah.
·         -Menjaga waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.
·         - Menghormati mertua serta kerabat keluarga suami.
·         - Berusaha menenangkan hati suami jika suami mempunyai masalah, bukan malah banyak menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami.
·         - Segera minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.
·         - Mencium tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.
·         - Tidak menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahsia ranjang!!! Bahkan berusaha menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan cintanya.
·         - Tidak membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.
·         - Berusaha untuk bersifat qona'ah (merasa cukup) sehingga tidak banyak menuntut harta kepada suami.
·         - Tidak menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak bergembira tatkala suami sedang bersedih. Akan tetapi berusaha untuk mengikut suasana hatinya.
·         - Tidak menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suami yang boleh mengakibatkan suaminya boleh menggambarkan akan keadaan wanita tersebut.
·         - Berusaha menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan. 
Bukan ikut terjerumus dalam melakukan kemaksiatan.
·         - Menjaga pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya.
·         - Lebih suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah kecuali atas urusan-urusan tertentu
·        -  Jika suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang api neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari kebaikan-kebaikan suami mereka.

Setelah membaca dan memerhatikan ciri-ciri di atas, hendaklah seseorang wanita itu benar-benar menimbang dan menilai diri sendiri. Jika sebahagian besar ciri-ciri mahupun sifat-sifat tersebut tercermin dalam dirinya maka hendaklah dia bersyukur kepada ALLAH SWT dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Akan tetapi jika ternyata kebanyakan sifat-sifat tersebut kosong dari diri. Maka hendaklah dia bermuhasabah dan berusaha memperbaiki dirinya. Ingatlah bahawa syurga kamu berada di bawah telapak kaki suami.

41 Darjat Wanita Solehah




1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.


Rahsia Amalan Wanita Solehah


Assalamualaikum..Jumpa lagi...
Dalam saya tengah search information nak buat tesis, terjumpa laman web ni..http://johneox.wordpress.com..tertarik dengan information tentang wanita yang solehah..dan dalam tengah duk khusyuk baca terfikir..aku ni termasuk wanita solehah ke..? solat tu solat, tapi adakah sah solat ku? kadang2 aku terlewat menunaikan waktu solat..dan banyak lagi yang boleh menyebabkan tasa kompius melanda diri..jadi..fara nak pesan pada diri fara dan rakan yang lain, jomlah sama2 kita jadi wanita yang solehah...marilah kita memperbetulkan apa yang kurang dan pe yang senget sikit...'-'....

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.


Anak Yang Solehah

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..Masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan harian dan menikmati keindahan alam oleh Allah s.w.t....Alhamdulillah juga masih diberi kekuatan dalam menghadapi ujian yang diberikan..Thank You ALLAH..Alhamdulillah juga selamat sampai ke LIBRARY..'-'....
salah satu faktor susah nak datang ke LIBRARY ni sebab kene jalan kaki sikit..dan naik tangga sikit..( bagus untuk tubuh badan )..hehe..apepepun alhamdulillah..

Lepak-lepak sambil menunggu ujian malam ni, boleh la ambil masa sikit update blog..malam ni ada ujian Statistik oleh Encik Zainol jam 8-10 malam..ujian ni memerlukan line internet yang baik sebab dia menggunakan online..kat rumah wifi kadang2 slow kadang2 laju..kerapkali terganggu dalam membuat sesuatu kerja..dan kalau nak laju je internet kene tunggu sampai pukul 12 keatas..jadi..malam2 sering tido lewat sebab buat assesment..awal2 wat sikit2 dan selebihnya tengok movie..hehe..layan cite transformers..hehe...layan cite lame..tak pun tengok Love You Mr. Arrogant..hehe...




ok sebenarnya kat sini kat cerita tentang satu kisah yang berkaitan LELAKI dan PEREMPUAN..
Yang sering berlaku kepada kita..dan juga menyentuh kepada adab-adab dalam islam..First of all nak cerita tentang adab bertandang..bukan jin bertandang tau..
Adab orang lelaki ke rumah perempuan dan perempuan ke rumah lelaki..mungkin ada sesetengah pihak yang menganggap perkara ini biasa sebagai adab menziarahi sesama islam..tetapi pada sudut islam ada cara dan adabnya..Bagi lelaki yang ingin menziarahi kawan perempuan, ajaklah seorang or 2 orang lelaki untuk pergi menziarahi rumah perempuan dan yang lebih eloknya datang dua kereta sebuah lelaki dan sebuah perempuan..Ini mengelak daripada menjadi fitnah..sebab ada mata-mata jahat sedang melihat akan perlakuan kita.. lebih-lebih lagi orang kampung..Perkara ini pernah terjadi kepada keluarga Fara Sendiri...pernah dulu kawan kakak datang kerumah untuk beraya..kebetulan masa dia datang orang sebelah rumah ternampak ada lelaki yang dalam kereta..lepas tu apa lagi..heboh la sekampung yang kakak kita dah ada calon nak kahwin..dan lepas tu jugak ramai yang tanya bila majlisnya..orang mana...herm..mentang2lah adik beradik saya ni ramai perempuan..dan kebetulan jugak kakak belum ada khabar lagi nak kahwin... Mak kita malu la sebab dah heboh da yang kakak nak kahwin padahal yang datang tu kawan sekolah akak dulu..dan bersusah payah la pulak mak nak jelaskan hal yang sebenar..lepas tu mak tak bagi datang melainkan bawa kawan2 lain or family kerumah..lagipun tak elok..begitu jugak perempuan..jangan suka sangat nak bertandang kerumah lelaki..sebab tak manis bagi perempuan berjalan kerumah lelaki..
 dan satu lagi kisahnya yang lelaki ajak pergi kerumahnya...kat sini dilihat bukan sekadar kawan tetapi lebih kepada kekasih ke rumah kekasih..

P: Jemputlah datang kerumah masa majlis kenduri nanti.
L: Insya Allah..Dan jemputlah datang kerumah juga sebab mak saya nak kenal awak.
P: Insya ALLAH..tapi nak datang rumah saya nanti bawaklah mak atau ayah..kalau awak tak bawak mak or ayah, mak saya xpegi la umah awak..
L: Insya allah kalau mak tak busy..

Selepas hari kenduri..

P: kenapa mak tak datang hari tu?
L: Mak tak dapat datang sebab ada kerja sikit. Sory la. Hari ni jangan lupa datang. Mak dah siapkan banyak benda ni..abang saya ambil cuti sebab nak jumpa awak ni..datang ye..
P : Insya allah..

Petang nya..si abahnya P cakap dia tak setuju si P kerumah L..Sebab ye kate tak elok..Perempuan kerumah lelaki..N si adik P cakap la dekat si P..
 adik P : Abah tak bagi g umah L..
P: Kenapa? alaa..kita dah jajnji nak pegi rumah dia..mak dia dah sediakan banyak perkara tuk kita..
adik P: mak xnak g umah si L..abah xbagi..kan aritu ma kata kalau mak laki datang umah, ma kan g umah ye..abah juga tak bagi P g..tak elok perempuan kerumah lelaki..
P : pastu macamana nak cakap dekat L..masalahnya dah janji nak pegi..
adik P: tak pe..kalau dia marah ko, ko bagi aku cakap..dari kita derhaka dekat ibubapa baik kita tak payah pegi..lagipun dia bukan ada apa2 ngan kita..

tuuuut tuuut...

adik P: Assalamualaikum..
L: wa'alaikumussalam..Ye..adik P..kenapa?
adik P: ni nak bagitau..kita orang tak jadi g la...
L: Hah!! kenapa? allaaaaa...mak kita dah sedia banyak  perkara. n bla bla bla bla...hari tu da bgitahu bawak adik la kalau mak xboleh datang n bla bla bla bla.....
adik P : sebenarnya bukan masalah tu...masalahnya abah sy tak bg P ke rumah L sebab tak elok tak manis...
L : kan dah bagitahu bawak la sape2 jangan datang sorang2..family sy nak kenal P..
adik P : bukan masalah tu..tak elok perempuan ke rumah lelaki tanpa ibubapa lebih2 lagi tujuan taaruf..tak manis..
herm....susah betul nak paham...L kata nak cakap ngan P..adik P bagi...dengar la jugak ye bertengkar sikit.. si P dah berair air mata dah...last2 adik P ( lelaki ) yang cakap..hah ambik kau kene ceramah ngan ustaz...



haa...bagi family fara plak..memang pantang kalau orang lelaki or perempuan datang kerumah selain rakan2...sebab risau dengan mulut org kampung dan yang palin2 kami ambil berat ialah perempuan g jalan2 kerumah lelaki..orang kata kita ni perempuan jangan murah sangat...janga jinak sangat..( jaga maruah keluarga, jaga maruah diri)...insya allah..kami akan jaga..haaa...bagi yang nak datang rumah tu datang dengan kawan2..jangan datang sorang2..sebenarnya bende ni khusus untuk perempuan...jaga adab kita dan jaga maruah kita...insya allah...akan terlindung dari fitnah..ok tataaaaaaaaaaaaaaa......

Friday, 25 October 2013

Bunga Tangan

Assalamualaikum...Salam ceria n sweet sweet honey...
Dalam tengah sibuk menyiapkan tesis dan kuliah, saya menerima beberapa tempahan hand bouquet dan bunga gantung or pomender.. belajar sambil berbisnes..
TADDAA!!!!!!!
my feberet colour..PINK + CREAM...
yang ini boleh digantung dimana-mana..dalam kereta..dalam almari..ruang tamu..di hendel basikal pown boleh..
yang ni dalam RM20 ringgit je..


yang ni hand bouquet..RM50 je..


 yang ni RM15 je..


macam ni RM50
 yang ni sample je..
p boleh tempah mengikut kehendak pelanggan..

















cantik kan?
pic ni sy hanya search internet je... sebab semua cantik2..
bunga yang last ni bunga kusudama..memakan masa jugak la nak membuatnya sebab dia buat sehelai demi sehelai kelopak bunga..
jadi bagi sesiapa yang berminat nak menempah dan sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..
FARAH : 0194640013
or 
Email : noor_farahana91@yahoo.com..