ASSALAMUALAIKUM..
Hari ini saya nak kongsikan satu tajuk yang penting mengenai kekeluargaan..petikan ini saya copy ang paste sahaja..boleh di jadikan teladan kepada semua orang...=)
Rasulullah S.A.W Contoh Terbaik Sebagai Ketua Keluarga |
Keluarga adalah satu organisasi yang sangat penting dalam masyarakat. Keluarga
yang harmoni akan melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Disini Puteri kongsikan satu artikel yang dapat menjadi panduan kepada kita
semua bagi memastikan keluarga kita hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia.
SATU aspek sangat baik dicontohi daripada akhlak Rasulullah
SAW ialah kehidupan berkeluarga memandangkan masyarakat hari ini yang
berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perceraian suami isteri, sumbang
mahram serta penderaan.
Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak,
suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda SAW menunjukkan contoh terbaik dalam
memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.
33 21 300x52 Rasulullah S.A.W Contoh Terbaik Sebagai Ketua
Keluarga
Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi diri
Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia
pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan senang).”
(Surah al-Ahzab, ayat 21)
Sebagai suami, Baginda SAW begitu menghargai isterinya
dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat
serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah
isteri dengan penuh pengertian dan kemaafan.
Baginda SAW juga tidak keberatan membantu melakukan kerja
rumah.
Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan
katanya: “Baginda SAW (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan
mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.” (Hadis riwayat
Ahmad Ibnu Hibban)
Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri
oleh isteri Baginda SAW Aisyah yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah
sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Apabila hendak memulakan suatu perjalanan, Baginda SAW akan
memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa dan Anas
pernah mengatakan bahawa Baginda SAW akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak
di atas lututnya untuk naik ke atas unta.
Dalam kehidupan berpoligami juga, Baginda SAW adalah contoh
terbaik melaksanakan prinsip keadilan walaupun tidak dapat dinafikan bahawa
perasaan kasih sayang tidak boleh dibahagikan sama rata.
Namun, sebagai suami seboleh-bolehnya mestilah pandai
memainkan peranan supaya jangan ada di kalangan isteri yang tersinggung
lantaran sikap suami yang pilih kasih.
Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah SAW, suatu hari
isteri-isteri Baginda SAW datang menemui Baginda SAW, Aishah yang mewakili
mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,
yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum mendengar
pertanyaan itu. Baginda SAW tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda SAW
menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya
kemudian.
Selepas itu, seperti biasa Rasulullah SAW bermalam di rumah
isteri-isteri Baginda SAW mengikut giliran dan sebelum Baginda SAW meninggalkan
rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak
memberitahu hal itu kepada isteri yang lain.
Kemudian Rasulullah SAW menyuruh isteri-isteri Baginda SAW
berkumpul kerana Baginda SAW hendak memberi jawapan kepada persoalan
dikemukakan. Rasulullah SAW berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka
yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah
kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang menerima cincin itu.
Rasulullah SAW adalah bapa penyayang. Acap kali apabila Baginda
SAW melihat Fatimah masuk ke rumahnya, Baginda SAW terus menyambut dan berdiri,
kemudian mencium kepala dan tangan.
Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW apakah sebab
Baginda SAW amat sayang kepada Fatimah. Baginda SAW menegaskan, “Wahai Aisyah,
jika engkau tahu apa yang aku ketahui mengenai Fatimah nescaya engkau akan
mencintainya seperti aku mencintainya. Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah
darahku. Sesiapa yang membencinya, maka ia membenciku, dan sesiapa yang
membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.”
Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa
Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan
fikirannya. Selaku anak, Fatimah mencintai ayahandanya lebih daripada cintanya
kepada sesiapa pun.
Selepas ibunya Khadijah meninggal dunia, dia yang baru
berusia enam tahun yang merawat Rasulullah SAW. Beliau sentiasa berusaha
menggantikan peranan ibunya.
Justeru, Rasulullah memanggilnya dengan jolokan Ummu Abiha,
iaitu ibu bagi ayahnya, kerana kasih sayang dan pengorbanan mulia yang
dicurahkan kepada ayahandanya.
Memiliki sebuah keluarga harmoni memerlukan ikatan yang mesra
bukan saja dengan anak dan isteri, malah menantu juga. Demikianlah ditunjukkan
Rasulullah SAW. Contoh paling baik ialah melalui kehidupan Ali sebagai menantu
Baginda SAW.
Ali ra. sebagai menantu Rasulullah SAW turut sama
menyingsing lengan membantu Fatimah menggiling tepung di dapur. Usaha sekecil
itu, di celah kesibukan sudah cukup bermakna dalam mengambil hati seorang
isteri yang saban hari bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga.
Bukan Sayidina Ali ra. tidak mahu menyediakan pembantu untuk
isterinya itu, namun beliau tidak mampu berbuat demikian. Fatimah ra. amat
memahami keadaan suaminya dan beliau sentiasa berusaha membahagiakan suaminya.
Contoh kasih sayang datuk terhadap cucunya boleh dilihat
daripada cara Baginda SAW melayani kedua-dua cucu kesayangan iaitu Hassan dan
Hussin, anak Siti Fatimah ra. dan suaminya Saidina Ali ra..
Rasulullah SAW bukan saja sentiasa membelai dan mencium
kedua cucunya itu, malah apabila cucu Baginda SAW menghampiri Baginda SAW ,
Baginda SAW terus mendukungnya. Baginda SAW juga apabila keluar rumah, selalu
membawa cucunya bersama.
Baginda SAW selalu meriba mereka. Pernah ketika Baginda SAW
sedang sujud dalam solat, cucu Baginda SAW duduk di atas belakang Baginda SAW
sehinggakan Baginda SAW sujud agak lama. Baginda SAW juga selalu bermain
kuda-kuda dengan cucunya.
No comments:
Post a Comment