Wednesday, 25 September 2013

Takziah Buat Tan Sri Azizan Bekas MB Kedah Meninggal Dunia..Al-Fatihah


Takziah buat ustaz Azizan yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.15 pagi Kkamis bersamaan 26 September 2013 di Hospital Sultanah Bahiyah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yang solihin...amin...

keadaan ustaz Azizan dilaporkan kritikal pada hari rabu minggu lepas selepas mengalami serangan jantung.
Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengah hari Rabu lalu.

Kaki Azizan telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei lepas akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dimasukkan ke hospital swasta di sini pada 6 Mei lalu dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama.

Beliau telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah bulan lepas.

Jenazah bekas pesuruhjaya PAS itu akan dikebumikan bersebelahan dengan bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor di muassasah tersebut.






No comments:

Post a Comment