Menurut Hajjatul Islam Imam Al-Ghazali,
penawar bagi Penyakit Takabbur ialah...:
1- Bila berjumpa
kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, sebab mereka masih
belum bergelumang dengan dosa jika dibandingkan dengan kita, di mana setiap
langkah kita boleh menjeratkan kita kepada melakukan dosa.
2- Bila berjumpa
orang-orang tua, anggaplah juga dia lebih mulia daripada kita keran dia lebih
dulu melalui kehidupan ini dan beribadah kepada Allah.
3- Bila berjumpa
dengan alim ulamak, anngaplah dia lebih mulia daripada kita keran dia mempunyai
ilmu yg lebih jika dibandingkan dg kecetekan ilmu yg ada pada kita.
4- Bila melihat
org2 jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana kejahilannya itu,
sedangkan kita yg berilmu dan berakal ini pun sering bergelumang dengan dosa.
5- Seandainya
berjumpa dgn org2 jahat, janganlah menganggap kita lebih mulia darinya,
sebaliknya anggaplah dia akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.t.
dimasa tuanya.
6- Seandainya
bertemu dengan orang kafir pula, maka katakanlah di dalam hati bahawa suatu
hari nanti, dia akan insaf lalu masuk Islam dan diampunkan Allah dosa-dosanya
yg lalu, sedangkan kita yg lahir Islam ini pun masih melakukan dosa.
No comments:
Post a Comment