Friday, 22 March 2013

TELUR YANG ANDA MAKAN..HALAL ATAU HARAM??



Korang paling suka telur ayam ke itik? Tak kisah la telur ape pun, janji halal boleh dimakan..dah tu kenape aku kata haram pulak? 
Dalam aku duk berblogging..terjumpe 1 blog yang membicarakan tentang telur ini.. Terfikir jugak..ade ke telur ayam haram? Ade ke?

Jadi, aku nak share sedikit mengenai telur..Kenape ia haram..

" Umumnye Para Ulama sepakat mengatakan yang telur Ayam adalah HALAL untuk di makan . Namun yang menjadikan HARAM ialah penggunaannya. Mengikut islam, sebelum memasak telur, anda WAJIB membasuh KULITNYA. Walaupun kulitnya bersih berseri, namun ianya WAJIB dibasuh. Ini kerana TELUR AYAM itu berasal dari BONTOT AYAM. Sesuatu yang keluar dari BONTOT AYAM adalah HARAM sekiranya ianya tidak di basuh terlebih dahulu.

 Kenapa perlu di basuh? Anda selalu lihat yang telur ayam itu sentiasa putih berseri dan tiada kekotoran, tetapi hakikat sebaliknya. ini kerana apabila telur itu dipungut, ianya hanya dikikis kekotoran yang tedapat pada telur sahaja. Telur itu TIDAK BOLEH dibasuh kerana liang-liang udara pada telur terbuka. Jadi, sekiranya telur dibasuh, maka air akan menyerap masuk dan merosakkan telur itu.
Yang kedua ialah telur yang dipecahkan terdapat sedikit darah didalamnya. di dalam ISlam, jika terdapat darah, maka ianya HARAM di makan. Namun untuk mengelakkan pembaziran, darah tersebut di buang sekiranya sedikit. namun adalah lebih baik sekiranya anda berasa RAGU-RAGU mengenai darah di dalam telur. Bolehlah di buang saja telur itu. Ini kerana anda WAS-WAS.
Jadi,diharap penulisan saya ini dapat menyedarkan sahabat-sahabat sekalian dan semua orang islam yang MUNGKIN TIDAK MENGETAHUI cara pengunaan Telur Ayam dengan Betul.Sekian.... "

Kadang-kadang kita tak ambil kisah hal ini..tapi mulai hari ni kene kesah la ye..jangan main hentam je..
Beli burger ke, murtabak ke, dan lain-lain..perhatikan telur yang mereka gune..basuh ke tak..

kat umah pun kene jage kebersihan..So, korang..lepas ni pastikan korang basuh dulu ek telur before makan. Tak kisah la telur ayam ke, itik ke, puyuh ke, burung unta ke..pendek kata basuh dulu ye..


1 comment:

  1. salam alaik
    Kita perlu cari jalan lain untuk menyampai sesuatu soalan ugama
    maaf kalau saya salah

    ReplyDelete