Monday, 25 March 2013

KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA MANDARIN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....NI HAO MA.. HAO JIU BU JIAN..? NI ZAI NALI.. =)

Seperti yang kita tahu mengenai bahasa asing merupakan penting dalam kehidupan hari ini. Baik bahasa inggeris, bahasa arab, bahasa mandarin dan lain-lain. Tetapi disini aku ingin menekankan tentang penguasaan bahasa mandarin. Kenapa perlu menguasai bahasa mandarin? Haa.. 
Hampir separuh Malaysia di diami oleh warga cina. Kemana sahaja kita pergi warga cina sentiasa ada. Laju je diaorang berborak. Ape ye diorang bualkan. Kita yang mendengar pun rasa penat tengok diorang bercakap. 
Ni hao ma, wo hen hao, wo ai ni, ma ma, ba ba, ge ge, mei mei, ye jiang fan, shadie dan banyak lagi.


Banyak faedahnya belajar bahasa mandarin..

SENANG BERKOMUNIKASI
Contohnya ialah apabila orang cina bertanya tentang tempat ke, pukul berapa ke.. korang nak cakap macamana? Explain daalm bahasa inggeris? Ade sesetengah orang cina dia tidak pandai atau faham akan bahasa inggeris.. jadi susah la dia nak faham ape yang kita jelaskan. Jadi, inilah pentingnya menguasai bahasa mandari. Mereka juga akan senang dengan kita apabila kita tahu akan bahasa mereka. 

BOLEH MELANCONG KE LUAR NEGARA ( CHINA ) DENGAN SENANG HATI
Apabila melancong ke luar negara, kita tidak perlu habiskan duit dengan mengupah pemandu pelancong atau beli kamus untuk berkomunikasi. Bukan senang melancong sambil menyelak kamus. Nak cakap sikit selak kamus. Amat emrumitkan. 

MENGELAK DARIPADA DITIPU
kebanyakan kedai yang terdapat di Malaysia di miliki oleh orang cina. Jadi senang apabila berada dalam situasi jual beli. Kita juga senang untuk mengetahui kita di tipu apabila faham dan tahu akan information yang mereka bualkan atau maklumat yang tertera.



Aku pun sekarang sedang balajar menguasai bahasa mandarin. First masuk kelas mandarin rase macam nak ketawa je. Ye la dengan sebutannya yang amat sukar dan susah. Gaya sebutan yang amat lembut. Jika tersalah sebut, lain pula maksudnya. Tetapi lama-kelamaan rasa seronok belajar. Jika berada dalam KTM, dapat la jugak faham sikit-sikit mereka cakap walaupun tak berapa jelas.
Tetapi yang paling penting, bahasa mandarni ini amat penting pada zaman sekarang..Jadi jom lah sama-sama belajar menguasai bahasa mandarin.

Saturday, 23 March 2013

GAYA TIDUR DEDAH TINGKAH LAKU



Korang tahu tak gaya tidur korang macamana? Hehe..mesti tak tahu kan.. 
 SEORANG ahli psikologi salah sebuah universiti tempatan pernah berkata, tingkah laku manusia agak sukar untuk difahami.

Ini kerana, ia umpama `topeng' yang dipakai dan boleh berubah-ubah mengikut tempat, masa dan keadaan.

Sebab itulah, ada di kalangan pasangan suami isteri, rakan pejabat atau teman rapat masih belum dapat memahami hati budi masing-masing, sekalipun telah lama kenal antara satu sama lain.

Personaliti atau tingkah laku membezakan antara seseorang dengan yang lain, tetapi ciri-ciri ini stabil sekalipun pada bila-bila masa dan keadaan.

Personaliti berasal dari perkataan Latin, `persona' yang bermaksud topeng. Topeng-topeng yang dipakai ini sebetulnya, gambaran psikologi dalaman secara keseluruhan tentang diri kita.

Andai dalam pergaulan seharian agak sukar bagi anda untuk `mentafsirkan' tingkah laku seseorang, mungkin anda boleh melihat cara tidurnya. Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular.

Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh. Antara posisi tersebut ialah:

* Janin dalam kandungan

Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks.

Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

* Batang balak

Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial.

Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

* Mengiring dan tangan menghala ke depan

Seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

* Tentera

Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

* Jatuh bebas

Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

* Tapak sulaiman

Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

Laman web, Indian.CL juga ada mengkelaskan beberapa cara tidur yang melambangkan personaliti seseorang seperti:

1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas

Anda digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tetapi, anda seorang yang boros, cuma anda bernasib baik kerana pendapatan juga lumayan.

Satu lagi, sikap anda yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Entah siapa pula selepas ini yang menjadi `mangsa' gosip anda!

2. Menelentang dan kaki bersilang

Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan.

Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.

3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala

Cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu.

Bagaimanapun, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya.

Dari sudut yang lain, anda adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, anda sukar jatuh cinta dengan sesiapa. Atau, mungkin kerana anda seorang yang pemilih?

4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit

Jika anda tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, anda berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka.

Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain. Anda juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Mungkin, masanya telah tiba untuk anda merobah cara tidur?

5. Tidur dengan cara sisi

Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.

Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.

6. Sisi dan badan merengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.

7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh

Berbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa.

Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna.

Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.

8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Anda perlu belajar untuk relaks.

9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap

Anda sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang anda hadapi.

Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa anda seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.

10. Berselubung dalam selimut

Jangan terkejut kalau dikatakan, anda hanya kelihatan `macho' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang amat pemalu dan lemah.

Anda juga menyimpan banyak rahsia. Tetapi, jika anda berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa.

Atas sebab itulah, wajah anda juga sering berkerut ketika tidur.  

KEAYUAN GADIS...!!!??




Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dgn tdk memakai bahan² luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental…
Gunakan masa utk perkara yg berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif…
Jgn byk angan²…
Tidur awal setiap mlm dan bgn awal setiap pg utk solat subuh…
Jgn tidur siang hari


Menjaga suara… latih diri bercakap dgn nada yg lembut, tdk sengau atau suaranya terlalu kuat,
Menjaga cara berkata²…
Biasakan menggunakan perkataan yg melambangkan keluhuran budi spt ‘tolong’ serta “minta maaf’…
Jgn gunakan perkataan yg terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya…
Krn ia akan menyebabkan muka jd berkerut dan masam

Menjaga kulit… kebersihan sentiasa dijaga,
Makanan yg berupa ulam²an yg wangi serta sayuran dan buah²an segar ptt slalu dimkn…
Gunakan sabun yg tdk merosakkan kulit

Menjaga muka… tgn perlu sentiasa bersih dan lembut,
Jgn gunakan bedak yg bkn²…
Selalu menggunakan bedak sejuk utk menjaga kulit muka,
Jgn byk berangan

Menjaga rambut… ia mahkota kejelitaan gadis,
Bersihkan rambut tp jgn terlalu kerap…
Bila bersikat, ulangi sikatan keseluruh bahagian kepala 100 kali utk menjdkan rambut subur dan berkilat…
Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas… ( sebaiknya bertudung )

Menjaga cara berjalan… latih cara berjalan,
Jauhi dr berjln mengangkang atau tgn terlalu di hayun…
Melangkah jgn terlalu besar…
Berjln jgn terlalu laju…
Badan jgn terlalu membongkok atau tegak
Leher jgn terteleng (senget sebelah)…
Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak geri…bila duduk di atas lantai,
Duduklah dgn cara bersimpuh…
Klu duduk di atas kerusi, eloklah duduk dgn merapatkan kedua² belah kaki mengikut keselesaan,
Jgn mengangkang…
Tgn jgn terlalu digerakkan bila bercakap
Cara bergerak biarlah lemah lembut

Menjaga senyum… latihlah senyum jgn tersengih
Tutup mulut bila ketawa…
Ketawa secara sederhana…
Selalu senyum tetapi utk tujuaan baik
Menjaga mata… mata jgnlah terlalu liar memandang sekeliling
Tundukkan mata dan memandang hanya kpd apa yg sdg anda hadapi
Jgn terlalu kerap mengerdipkan mata
Usah terlalu kerap menjeling walaupun kpd buah hati anda

Menjaga kehormatan… sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar
Minta izin ibu bapa
Pakaian sopan
Pulang seawall mungkin

Menjaga sikap… taat beragama
Jgn bohong…
Jauhi dr merungut dan jauhi dr menjd amat cerewet…
Jaga hati org lain...



PENAWAR PENYAKIT TAKABBUR




 Menurut Hajjatul Islam Imam Al-Ghazali, penawar bagi Penyakit Takabbur ialah...:

1- Bila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, sebab mereka masih belum bergelumang dengan dosa jika dibandingkan dengan kita, di mana setiap langkah kita boleh menjeratkan kita kepada melakukan dosa.

2- Bila berjumpa orang-orang tua, anggaplah juga dia lebih mulia daripada kita keran dia lebih dulu melalui kehidupan ini dan beribadah kepada Allah.

3- Bila berjumpa dengan alim ulamak, anngaplah dia lebih mulia daripada kita keran dia mempunyai ilmu yg lebih jika dibandingkan dg kecetekan ilmu yg ada pada kita.

4- Bila melihat org2 jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana kejahilannya itu, sedangkan kita yg berilmu dan berakal ini pun sering bergelumang dengan dosa.

5- Seandainya berjumpa dgn org2 jahat, janganlah menganggap kita lebih mulia darinya, sebaliknya anggaplah dia akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.t. dimasa tuanya.

6- Seandainya bertemu dengan orang kafir pula, maka katakanlah di dalam hati bahawa suatu hari nanti, dia akan insaf lalu masuk Islam dan diampunkan Allah dosa-dosanya yg lalu, sedangkan kita yg lahir Islam ini pun masih melakukan dosa.  


RAHSIA DALAM 7 HARI




 DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.

Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.Antaranya:

Ahad – Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

Isnin – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

Selasa – Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

Rabu – Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

Khamis – Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

Jumaat – Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

Sabtu – Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya. 


ISRAILIYYAT


Apa itu Israiliyyat? Pertama kali mendengar perkataan ini, fikiran aku blur sangat. Israiliyyat..ape tu? Sedang duk borak-borak dengan akak, aku tanyelah sal ni.. dia kate israiliyyat ni kisah-kisah  zaman dahulu yang di ceritakan oleh para Bani Israil yang ingin menyesatkan orang islam. Cerita yang masuk akal tetapi dalam yang sama boleh menyesatkan orang islam. Sekarang ni pun ramai yang terpengaruh dengan cerita-cerita yang di sebarkan. Malahan sangat susah untuk mengecamnya.
Kita biasa mendengar guru-guru, ustaz ustazah dan penceramah penceramah yang gemar menyelitkan cerita atau kisah yang kita tidak tahu dari mana sumbernya. Malahan seronok mendengarnya walaupun kita tak tahu betul atau salah.
Ada kisah macam kartun, dongeng , ada yang tidak masuk akal, tidak logic dan  tidak terdapat dalam al-quran dan hadis. Namun  kita sebagai pendengar tidak pernah mahu bertanya bahkan menerima sehaja bulat bulat kerana berkeyakinan bahawa mereka dikalangan agamawan tidak akan akan berbohong dalam menyampaikan ilmu.
Boleh ke kita mendengar atau menerima atau menghayati cerita dan kisah yang berbentuk Israiliyyat?


Berita-berita ini terbagi menjadi 3 kategori:

Pertama, berita yang diakui Islam dan dibenarkannya (Ini adalah haq)
Contohnya, seperti yang diriwayatkan al-Bukhari dan periwayat selainnya, dari Ibn Mas’ud RA, ia berkata, “Seorang rabi Yahudi datang menemui Nabi SAW seraya berkata, ‘Wahai Muhammad, sesungguhnya kami menemukan bahwa Allah SWT menjadikan seluruh langit di atas satu jari, seluruh bumi di atas satu jari, pepohonan di atas satu jari, air dan tanah di atas satu jari dan seluruh makhluk di atas satu jari, lalu Dia berfirman, ‘Akulah al-Malik (Raja Diraja).’ Rasulullah SAW tertawa mendengar hal itu hingga tampak gigi taringnya membenarkan ucapan pemuka Yahudi tersebut, kemudian beliau membaca ayat, “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya pada hal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Dia dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.” (QS.az-Zumar:67)

Kedua, berita yang diingkari Islam dan didustakannya (Ini adalah bathil)

Contohnya, seperti yang diriwayatkan al-Bukhari, dari Jabir RA, ia berkata, “Orang-orang Yahudi mengatakan, ‘bila suami menyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka anaknya akan lahir bermata juling.’ Lalu turunlah firman Allah SWT, “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki.” (QS.al-Baqarah:223)

Ketiga, Berita yang tidak diakui Islam dan tidak pula diingkarinya (Ini wajib kita berhenti membicarakannya)

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ahli Kitab biasanya membaca taurat dengan bahasa Ibrani lalu menafsirkannya dengan bahasa Arab kepada umat Islam. Maka Rasulullah SAW berkata, ‘Janganlah kalian benarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakannya tapi katakanlah (firman Allah SWT), ‘Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu.’” (QS.al-‘Ankabut:46)

Tetapi berbicara mengenai jenis ini dibolehkan jika kitatidak khawatir ia termasuk larangan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Sampaikanlah dariku, sekali pun satu ayat, dan berbicaralah mengenai Bani Israil sesukamu. Barangsiapa yang mendustakanku secara sengaja, maka hendaklah ia persiapkan tempat duduknya di api neraka.” (HR.al-Bukhari)

Kebanyakan berita yang diriwayatkan dari mereka tersebut tidak banyak manfa’atnya bagi kepentingan agama seperti penentuan apa warna anjing Ashaabul Kahfi dan sebagainya.

Ada pun bertanya kepada ahli kitab mengenai sesuatu dari ajaran agama kita, maka hal itu haram hukumnya. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad dari Jabir bin ‘Abdullah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah kalian tanyakan kepada ahli kitab mengenai sesuatu pun sebab mereka tidak bisa memberi hidayah kepada kalian sementara mereka sendiri telah sesat. Jika kalian lakukan itu, berarti (antara dua kemungkinan-red.,) kalian telah membenarkan kebatilan atau mendustakan kebenaran. Sesungguhnya, andaikata Musa masih hidup di tengah kalian, pastilah ia akan mengikutiku.’”

Imam al-Bukhari juga meriwayatkan dari Abdullah bin Abbas RA, bahwasanya ia berkata, “Wahai kaum muslimin, bagaimana mungkin kalian bertanya kepada ahli kitab padahal kitab yang Allah turunkan kepada nabi kalian itu adalah semata-mata informasi paling baru mengenai Allah yang tidak pernah lekang. Allah telah menceritakan kepada kalian bahwa ahli kitab telah mengganti kitabullah dan merubahnya lalu menulisnya dengan tangan mereka sendiri. Lalu mereka mengatakan, ‘Ia berasal dari Allah agar mereka membeli dengannya harga yang sedikit. Tidakkah melalui ilmu yang dibawa-Nya, Dia melarang kalian untuk bertanya kepada mereka (ahli kitab)? Demi Allah, kami sama sekali tidak pernah melihat seorang pun dari mereka yang bertanya kepada kalian mengenai apa yang telah diturunkan kepada kalian.”


Kaedah mengecam Israiliyyaat :

Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengatakan sesebuah riwayat itu Israiliyyaat atau tidak. Ilmu yang amat mustahak yang tidak dapat tidak mesti dimiliki oleh mereka yang ingin menguasai bidang ini ialah Ilmu Tafsir al-Quran, khususnya yang melibatkan kisah-kisah al-Quran, Ilmu Mustholah Hadis, Ilmu Rijaal Hadis, di samping pengetahuan mendalam tentang hadis-hadis yang sohih dan tidak sohih berkenaan kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau.

Di sini saya cuba menyenaraikan beberapa kaedah atau cara yang boleh membantu bagi mengenal atau mengecam Israiliyyaat. Kaedah ini diperolehi setelah penulis membuat kajian terperinci terhadap ciri-ciri Israiliyyaat yang terdapat di dalam Tafsir At-tobari dengan mengambil kira pandangan ulamak mu’tabar dalam membuat kritikan dalam riwayat-riwayat Israiliyyaat (lihat, Doktor Ahmad Najib Bin Abdullah. Tesis Ph.D, muka surat 40-66.Universiti Islam Madinah)

Supaya lebih teratur, saya bahagikan cara ini kepada empat sudut , pertama, pengamatan kepada sanad riwayat Israiliyyaat, kedua, pengamatan kepada matannya, ketiga, merujuk kepada  pandangan ulamak yang mu’tabar dalam bidang Israiliyyaat dan keempat, merujuk kepada sumber-sumber Yahudi sendiri.

Friday, 22 March 2013

TELUR YANG ANDA MAKAN..HALAL ATAU HARAM??



Korang paling suka telur ayam ke itik? Tak kisah la telur ape pun, janji halal boleh dimakan..dah tu kenape aku kata haram pulak? 
Dalam aku duk berblogging..terjumpe 1 blog yang membicarakan tentang telur ini.. Terfikir jugak..ade ke telur ayam haram? Ade ke?

Jadi, aku nak share sedikit mengenai telur..Kenape ia haram..

" Umumnye Para Ulama sepakat mengatakan yang telur Ayam adalah HALAL untuk di makan . Namun yang menjadikan HARAM ialah penggunaannya. Mengikut islam, sebelum memasak telur, anda WAJIB membasuh KULITNYA. Walaupun kulitnya bersih berseri, namun ianya WAJIB dibasuh. Ini kerana TELUR AYAM itu berasal dari BONTOT AYAM. Sesuatu yang keluar dari BONTOT AYAM adalah HARAM sekiranya ianya tidak di basuh terlebih dahulu.

 Kenapa perlu di basuh? Anda selalu lihat yang telur ayam itu sentiasa putih berseri dan tiada kekotoran, tetapi hakikat sebaliknya. ini kerana apabila telur itu dipungut, ianya hanya dikikis kekotoran yang tedapat pada telur sahaja. Telur itu TIDAK BOLEH dibasuh kerana liang-liang udara pada telur terbuka. Jadi, sekiranya telur dibasuh, maka air akan menyerap masuk dan merosakkan telur itu.
Yang kedua ialah telur yang dipecahkan terdapat sedikit darah didalamnya. di dalam ISlam, jika terdapat darah, maka ianya HARAM di makan. Namun untuk mengelakkan pembaziran, darah tersebut di buang sekiranya sedikit. namun adalah lebih baik sekiranya anda berasa RAGU-RAGU mengenai darah di dalam telur. Bolehlah di buang saja telur itu. Ini kerana anda WAS-WAS.
Jadi,diharap penulisan saya ini dapat menyedarkan sahabat-sahabat sekalian dan semua orang islam yang MUNGKIN TIDAK MENGETAHUI cara pengunaan Telur Ayam dengan Betul.Sekian.... "

Kadang-kadang kita tak ambil kisah hal ini..tapi mulai hari ni kene kesah la ye..jangan main hentam je..
Beli burger ke, murtabak ke, dan lain-lain..perhatikan telur yang mereka gune..basuh ke tak..

kat umah pun kene jage kebersihan..So, korang..lepas ni pastikan korang basuh dulu ek telur before makan. Tak kisah la telur ayam ke, itik ke, puyuh ke, burung unta ke..pendek kata basuh dulu ye..