Assalamualaikum....dan salam ceria buat semua.. Hari ini Fara nak berkongsi tentang penggunaan barang tanpa meminta izin tuan punya badan barang tersebut. Mungkin ramai yang sudah tahu akan hal ini..Tetapi Fara nak cite jugak..!! Ini pernah berlaku kepda diri Fara sendiri..Tapi jangan salah sangka ye...Barang Fara yang digunakannya... Aduhai..
Sebenarnya fara tak kisah jika dia guna barang Fara, tetapi sekurang-kurangnya minta la dulu. Kalau malu nak minta, cakap sepatah pun tak apa. Ini tidak main redah je.. Pada fikiran Fara mungkin dia ingat fara tak kisah..Boleh guna apa barang pun..Dia bagi..Ye Fara tak kisah..Tapi hari tu memang Fara memerlukan sangat untuk menggunakannya..Nak tahu apa..? hehehe..Bukan barang besar pun...just no paswood wifi je..
no paswood tersebut hanya boleh digunakan pada 1 laptop sahaja.. 1 user je...
hari tu hari minggu..jadi rilex la sikit..Lepak dalam bilik.. Hari tu fara bangun tido lewat sikit sebab malamnya berjaga buat tesis..cari makna dalam bahasa arab...Lebih kurang pukul 5 tido.. Apabila bangun tido tu, Fara mandi dan mengadap laptop untuk sambung kerja yang separuh jalan semalam.. dan hari tu jugak berhajat nak buat bunga tangan untuk kawan sempena perkahwinannya..jadi kawan Fara ada menghantar gambar baju perkahwinannya melalui facebook. Sebab dia nak warna bunga tangan sama dengan baju kahwinnya.. jadi fara try connect wifi..Aik..!! banyak kali jugak la connect..tapi tak lepas.. pelik pun ada.. rasanya semalam fara tak buka pown paswood tu melalui henset.. fara bukak henset dan tengok wifi..tak ade signal pun yang fara connect..Fara off kan henset dan buka balik... dan fara connect lagi laptop..TAK BOLEH.. Fra lihat laptop sebelah...terbukak..kebetulan tuannya pergi mandi,....jadi Fara cuba tengok connection..Aik, kalau nama connection tersebut perlu guna paswood kalau nak masuk...Rasa tak sedap hati mula menyelubungi dalam hati...takkanlah di guna paswood aku..
Fara tunggu dia cakap..tapi sampai malam dia tak cakap apa2..pagi sampai malam laptop terbuka...tanpa logout.. dalam hati tersa nak tanye..tapi risau dia kata kedekut pulak nak guna kejap pun tak boleh..malam tu dia buka facebook dan macam2..Fara pelik pulak...dia tak nampak ke kita tengah buat keje dan memerlukan maklumat melalui internet..
Daaaaaaaan sehinggalah pukul 12 malam..dia tutup laptop.. Dalam hati Fara alhamdulillah...bleh buat keje...
jadi fara sambung buat kerja yang tertangguh sehingga pagi. Alhamdulillah...sekarang tinggal sikit je lagi nak siap...hehe
fara tak kisah kalau nak guna barang Fara..tapi mintalah izin dulu... Mana kita tahu tuan punya badan memang memerlukannya atau urgent.. semoga dia insaf dan tak kedekut sangat nak beli no wifi..murah je..RM25 sebulan...boleh guna tanpa had..
Dalam sebuah hadis baginda saw ada menyatakan bahawa yang bermaksud:
"Aku diutuskan untuk menyempurnakan/memmperbaiki akhlak"
Berbalik kepad soalan yang dikemukakan ,barang tersebut bukannya milik anda, justeru anda tidak layak untuk menggunakan barang orang walaupun untuk jangka masa sekejap,Perkara inilah yang ditekankan oleh Nabi Muhammad saw untuk mendidik Akhlak umat Islam betapa pentingnya menjaga hak orang lain dan memohon keizinan terlebih dahulu sebelum mengambilnya.Sekiranya beliau tidak mengizinkan adalah berdosa anda menggunakan barang tersebut.
Kat sini nak selitkan sikit soal jawab agama...
MENJUMPAI barang orang lain termasuk dalam hukum luqatah
dalam fiqah Islam.
Terdapat beberapa hukum berkaitan antaranya pertama, harus menggunakan dan
mengambil faedah termasuk memakannya sekiranya ia dianggap remeh dan kecil oleh
masyarakat setempat seperti barang yang anda temui di asrama itu.
Ia adalah rukhsah yang diberikan Rasulullah s.a.w untuk diambil faedah.
Bagaimanapun, sekiranya anda pasti tuannya, hendaklah berhubung dan meminta
izin. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS)
sekarang.
Kedua, haram menggunakannya apabila ia membabitkan benda besar dan berharga
seperti kereta dan haiwan yang mampu hidup sendiri.
Ia hendaklah dibiarkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana
tuannya dapat mencari benda yang hilang berkenaan. Umar pernah berkata: “Barang
siapa yang mengambil haiwan yang sesat sesungguhnya ia bersalah.”
Ketiga, sekiranya ia antara benda yang dijumpai adalah pertengahan antara
kedua-dua di atas seperti ikan, ayam dan barang-barang yang mudah rosak,
seseorang boleh menilai dengan mengambil tindakan yang lebih baik sama ada
menggunakannya sebagai hutang yang perlu dibayar apabila empunyanya ditemui,
menjual dan menyimpan hasil jualan untuk diserahkan kepada empunya apabila
ditemui.
Sekiranya barangan itu tidak mudah rosak seperti jam dan gelang, ia hendaklah
dihebahkan di tempat orang ramai seperti masjid dan pusat masyarakat.
Selepas setahun, ia boleh dimiliki atau dijual dengan hasilnya dikira sebagai
simpanan. Tetapi ia tetap hak milik orang lain dan perlu dipulangkan apabila
ada tuan yang menuntut dan terbukti pemiliknya selepas siasatan. (Lihat juga
‘Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain,’
http://muis.ismaweb.net/2010/03/e-g-hukum-luqotah-jumpa-barang-org-lain/)
solat diterima Allah x?
ReplyDelete